Budaya
Rencana utama: Budaya di Sabah
Penduduk negeri ini terdiri dari berbagai kaum dengan latar belakang
kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya
30 kumpulandengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90
dialek. Antaranya ialah Kadazandusun, Bajau, Melayu Brunei, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Suluk dan lain-lain.
Penduduk[
Populasi
|
Peratus
|
|||
32%
|
||||
4.9%
|
||||
13.1%
|
||||
0.4%
|
||||
Lain-lain bangsa Muslim
|
15.8%
|
|||
Orang Indonesia
|
5.5%
|
|||
Orang Filipina
|
1.6%
|
|||
23%
|
||||
Sumber: Borneo Utara British
(1961)
|
Penduduk Sabah meningkat sebanyak 651,304 pada tahun 1970
dan meningkat lagi kepada 929,299 selepas sedekad. Tetapi dalam dua dekad
selepas tahun 1980, populasi penduduk negeri ini meningkat dengan sangat ketara
dengan mempunyai penduduk sebanyak 1.5 juta secara mengejut dan mencapai 2,468,246 menjelang tahun 2000. Sehingga tahun 2010, bilangan ini telah
berkembang lagi sehingga 3,117,405, dengan warga asing yang menjadikan
27% daripada jumlah populasi di negeri ini.
Jumlah penduduk Sabah pada tahun 2010 adalah 3,117,405 dan menunjukkan
lebih daripada 400 peratus peningkatan dari jumlah populasi pada tahun 1970
yang sebanyak 651,304. Ini menunjukkan Sabah merupakan negeri ketiga yang
mempunyai paling ramai penduduk di Malaysia selepas Selangor dan Johor. Sabah mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi penduduk di negara ini
sebagai salah satu hasil daripada pendatang tanpa izin melalui Projek IC yang kebanyakannya datang
dari wilayah-wilayah Islam di selatan Filipina. Dan, kini penduduk
Sabah yang kebanyakannya beragama Kristian hanya menjadi kelompok minoriti dalam tanah air
mereka sendiri. Oleh itu, pada 1 Jun 2012, Perdana
Menteri Malaysia Datuk
Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan
telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
bagi menyiasat masalah yang berkaitan.
Populasi di Sabah – Statistik 2010
|
||||
Populasi
|
Peratus
|
|||
17.82%
|
||||
3.22%
|
||||
14%
|
||||
5.71%
|
||||
Lain-lain bumiputera
|
20.56%
|
|||
9.11%
|
||||
Lain-lain bukan bumiputera
|
1.5%
|
|||
Warga Asing
|
27.81%
|
|||
Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia.
|
Populasi yang
dianggarkan berdasarkan kumpulan etnik pada tahun 2010 adalah seperti berikut:
- Lain-lain bumiputera: 20.56% (640,964) – yang meliputi kaum Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Bawang dan Lun Dayeh, Tindal, Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, Kedayan, Orang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka’ak, Lobu, Bonggi, Tidong, Bugis, Ida’an (Idahan), Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino, Jawa
- Lain-lain bukan bumiputera: 1.5% (47,052)
- Warga Asing (Filipina, Indonesia): 27.81% (867,190)
Pendidikan[
Pendidikan di
negeri ini telah bermula sejak zaman penjajah lagi, ketika itu sebuah sekolah
telah dibina pada tahun 1883 di Sandakan oleh pihak misionari Roman Katolik. Pelaksanaan pendidikan di Sabah juga diteruskan ketika Perang Dunia ke-II di mana ketika waktu
pemerintahan Jepun, falsafah Jepun diajarkan kepada
penduduk tempatan. Namun ianya tamat apabila kekalahan Jepun dan diteruskan
kembali dengan pendidikan Barat. Pelan pendidikan lima tahun telah dilaksanakan
dan digubal semasa tempoh 1947–1952 oleh pihak British. Antara perkara yang ditekankan dalam pelan pendidikan ini adalah
seperti; enam tahun pendidikan sekolah rendah untuk semua, pembanterasan buta
huruf, pendidikan kesihatan dan pertanian, pendidikan untuk kanak-kanak
perempuan dan juga latihan vokasional. Dalam sistem pendidikan berkenaan,bahasa Inggeris merupakan bahasa utama. Setelah
menyertai Persekutuan Malaysia, pendidikan di Sabah telah menjadi tanggungjawab
Kerajaan Persekutuan. Perihal pendidikan ini terkandung dalam Akta
Pendidikan 1961 yang kemudiannya dikembangkan ke Sabah pada tahun 1976.
Agama
Agama di Sabah – Statistik 2010
|
||||
Agama
|
Peratus
|
|||
65.4%
|
||||
26.6%
|
||||
6.1%
|
||||
Lain-lain
|
1.6%
|
|||
0.3%
|
Menurut
perangkaan Banci Penduduk
dan Perumahan Malaysia 2010 kira-kira 65.4% penduduk Sabah
beragama Islam, 26.6% lagi adalah Kristian, 6.1% Buddha, 1.6% lain-lain dan
0.3% tidak beragama.
Sejak penyatuan
pada tahun 1963, Sabah telah mengalami perubahan yang ketara dalam komposisi
agama, terutama dalam peratusan penduduknya yang menganut agama Islam. Pada tahun 1960,
peratusan umat Islam adalah 37.9%, manakalaKristian 16.6%, kira-kira satu pertiga lagi kekal mengamalkan fahaman animisme. Pada tahun 2010, peratusan umat Islam telah
meningkat kepada 65.4%, manakala mereka yang menganut agama Kristian hanya
meningkat sedikit iaitu pada 26.6% dan Buddha pada 6.1%.
Ini disebabkan
oleh aktiviti dasar pengislaman yang agresif pada tahun 1969-1975 ketika negeri
itu berada di bawah pemerintahan USNO yang
diketuai oleh Tun Mustapha dengan
sokongan kuat dari kerajaan pusat. Pada 14 Oktober 1969, USNO telah
membentuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau
lebih dikenali sebagai (USIA). Mereka telah menjalankan kempen pengislaman di
seluruh negeri ini dengan bantuan kerajaan Persekutuan yang menyemai
nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam Sabah. Sesiapa
yang menentang akan dianggap sebagai pelampau atau sesat dan beberapa orang
telah ditahan di bawah ISA.
Pada tahun 1973,
USNO telah meminda Perlembagaan Sabah untuk menjadikan Islam sebagai agama
rasmi Negeri Sabah. USIA bersungguh-sungguh mempromosikan penukaran agama
pribumi penduduk Sabah kepada Islam dengan menawarkan pelbagai ganjaran dan
kedudukan pejabat, ditambah lagi melalui penghijrahan pendatang asing beragama
Islam dari Filipina dan Indonesia. Pemecatan mubaligh Kristian di negeri ini juga telah dilakukan bagi
mengurangkan penganut Kristian pribumi di Sabah. Warga asing beragama
Islam dari Filipina dan Indonesia malahan dari Pakistan juga telah dibawa ke
negeri itu dengan arahan dari ketua USNO pada masa itu, Tun Mustapha dan
diberikan kad pengenalan pada awal tahun 1990an untuk membantu menjatuhkan
kerajaan negeri PBS dan bagi membuatkannya dilantik sebagai gabenor negeri ini,
walaubagaimanapun rancangannya untuk menjadi gabenor negeri ini tidak berjaya
namun ramai pendatang tanpa izin telah mengubah demografi Sabah.
Dasar ini
diteruskan apabila Sabah berada di bawah pemerintahan BERJAYA yang
diketuai oleh Datuk Harris, di mana beliau secara
terbuka menggesa semua umat Islam di Sabah tentang pentingnya untuk mempunyai
satu majoriti Islam bagi mengawal populasi Kadazan-Dusun yang majoritinya beragama Kristian tanpa memerlukan bantuan dari kaum
minoriti Cina.
.
No comments:
Post a Comment