STINGS- Adakah kau setia

Sunday, 22 February 2015

BANGSA-BANGSA DI SABAH

Bangsa                   

Rakyat Sabah dibahagikan kepada 32 kumpulan etnik, di mana hanya 28 diiktiraf sebagai Bumiputera, atau pribumi.
Kumpulan etnik terbesar yang bukan bumiputera adalah Bangsa Cina Han sebanyak (13.2%). Manakala dialek Cina yang berpengaruh di Sabah adalah Hakka dan diikuti olehKantonis dan Hokkien. Kebanyakan penempatan orang Cina di Sabah tertumpu di bandar dan pekan utama, iaitu di Kota KinabaluSandakan dan juga Tawau. Kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sabah ialah Kadazan-Dusun, diikuti dengan BajauBrunei dan Murut. Terdapat juga sebilangan kecil kaum India dan lain-lain bangsa Asia di Sabah berbanding di Semenanjung MalaysiaOrang Cocos juga merupakan salah satu etnik minoriti yang tinggal di Sabah terutamanya di Bahagian Tawau. Secara umumnya, semua orang yang datang dari Sabah dikenali sebagai "Orang Sabah" atau (Sabahan dalam bahasa Inggeris) dan mereka juga menganggap diri mereka seperti itu.
Demografi Sabah terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, antaranya:
· Bajau
· Murut
·  Rungus
·  Lotud
· Kwijau
·  Dumpas
·  Tidong
·  Maragang
· Idahan
· Minokok
·  Rumanau
·   Orang Cocos
· Iranun
· Suluk


Lain-lain bangsa:
·India – PunjabiTamil
·  Pakistan – Pashtun


No comments:

Post a Comment