STINGS- Adakah kau setia

Sunday, 22 February 2015

BUDAYA , PENDUDUK , PENDIDIKAN ,

Budaya
Rencana utama: Budaya di Sabah
Penduduk negeri ini terdiri dari berbagai kaum dengan latar belakang kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulandengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antaranya ialah KadazandusunBajauMelayu BruneiMurutKedayanBisayaIrranunRungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Suluk dan lain-lain.

Penduduk[

Populasi di Borneo Utara – Statistik 1960
(sekarang Sabah dan 
Labuan)
Populasi
Peratus
  
32%
  
4.9%
  
13.1%
  
0.4%
Lain-lain bangsa Muslim
  
15.8%
Orang Indonesia
  
5.5%
Orang Filipina
  
1.6%
  
23%

Sumber: Borneo Utara British (1961)

Penduduk Sabah meningkat sebanyak 651,304 pada tahun   1970 dan meningkat lagi kepada 929,299 selepas sedekad. Tetapi dalam dua dekad selepas tahun 1980, populasi penduduk negeri ini meningkat dengan sangat ketara dengan mempunyai penduduk sebanyak 1.5 juta secara mengejut dan mencapai   2,468,246 menjelang tahun  2000. Sehingga tahun 2010, bilangan ini telah berkembang lagi sehingga   3,117,405, dengan warga asing yang menjadikan 27% daripada jumlah populasi di negeri ini.
Jumlah penduduk Sabah pada tahun 2010 adalah 3,117,405 dan menunjukkan lebih daripada 400 peratus peningkatan dari jumlah populasi pada tahun 1970 yang sebanyak 651,304. Ini menunjukkan Sabah merupakan negeri ketiga yang mempunyai paling ramai penduduk di Malaysia selepas Selangor dan Johor. Sabah mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi penduduk di negara ini sebagai salah satu hasil daripada pendatang tanpa izin melalui Projek IC yang kebanyakannya datang dari wilayah-wilayah Islam di selatan Filipina. Dan, kini penduduk Sabah yang kebanyakannya beragama Kristian hanya menjadi kelompok minoriti dalam tanah air mereka sendiri. Oleh itu, pada 1 Jun 2012, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah yang berkaitan.
Populasi di Sabah – Statistik 2010
Populasi
Peratus
  
17.82%
  
3.22%
  
14%
  
5.71%
Lain-lain bumiputera
  
20.56%
  
9.11%
Lain-lain bukan bumiputera
  
1.5%
Warga Asing
  
27.81%

Sumber: Jabatan Perangkaan, Malaysia.
Populasi yang dianggarkan berdasarkan kumpulan etnik pada tahun 2010 adalah seperti berikut:
·  Kadazan-Dusun: 17.82% (555,647)
· Bajau: 14% (436,672)
·  Melayu Brunei: 5.71% (178,029)
·   Murut: 3.22% (100,631)
·   Lain-lain bumiputera: 20.56% (640,964) – yang meliputi kaum Rungus, Iranun, Bisaya, Tatana, Lun Bawang dan Lun Dayeh, Tindal, Tobilung, Kimaragang, Suluk, Ubian, Tagal, Timogun, Nabay, KedayanOrang Sungai, Makiang, Minokok, Mangka’ak, Lobu, Bonggi, Tidong, Bugis, Ida’an (Idahan), Begahak, Kagayan, Talantang, Tinagas, Banjar, Gana, Kuijau, Tombonuo, Dumpas, Peluan, Baukan, Sino, Jawa
·    Cina (majoriti Hakka): 9.11% (284,049)
·     Lain-lain bukan bumiputera: 1.5% (47,052)
·    Warga Asing (Filipina, Indonesia): 27.81% (867,190)



Pendidikan
Pendidikan di negeri ini telah bermula sejak zaman penjajah lagi, ketika itu sebuah sekolah telah dibina pada tahun 1883 di Sandakan oleh pihak misionari Roman Katolik. Pelaksanaan pendidikan di Sabah juga diteruskan ketika Perang Dunia ke-II di mana ketika waktu pemerintahan Jepun, falsafah Jepun diajarkan kepada penduduk tempatan. Namun ianya tamat apabila kekalahan Jepun dan diteruskan kembali dengan pendidikan Barat. Pelan pendidikan lima tahun telah dilaksanakan dan digubal semasa tempoh 1947–1952 oleh pihak British. Antara perkara yang ditekankan dalam pelan pendidikan ini adalah seperti; enam tahun pendidikan sekolah rendah untuk semua, pembanterasan buta huruf, pendidikan kesihatan dan pertanian, pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan juga latihan vokasional. Dalam sistem pendidikan berkenaan,bahasa Inggeris merupakan bahasa utama. Setelah menyertai Persekutuan Malaysia, pendidikan di Sabah telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Perihal pendidikan ini terkandung dalam Akta Pendidikan 1961 yang kemudiannya dikembangkan ke Sabah pada tahun 1976.


Agama
Agama di Sabah – Statistik 2010
Agama
Peratus
  
65.4%
  
26.6%
  
6.1%
Lain-lain
  
1.6%
  
0.3%

Menurut perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 kira-kira 65.4% penduduk Sabah beragama Islam, 26.6% lagi adalah Kristian, 6.1% Buddha, 1.6% lain-lain dan 0.3% tidak beragama.
Sejak penyatuan pada tahun 1963, Sabah telah mengalami perubahan yang ketara dalam komposisi agama, terutama dalam peratusan penduduknya yang menganut agama Islam. Pada tahun 1960, peratusan umat Islam adalah 37.9%, manakalaKristian 16.6%, kira-kira satu pertiga lagi kekal mengamalkan fahaman animisme. Pada tahun 2010, peratusan umat Islam telah meningkat kepada 65.4%, manakala mereka yang menganut agama Kristian hanya meningkat sedikit iaitu pada 26.6% dan Buddha pada 6.1%.
Ini disebabkan oleh aktiviti dasar pengislaman yang agresif pada tahun 1969-1975 ketika negeri itu berada di bawah pemerintahan USNO yang diketuai oleh Tun Mustapha dengan sokongan kuat dari kerajaan pusat. Pada 14 Oktober 1969, USNO telah membentuk Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau lebih dikenali sebagai (USIA). Mereka telah menjalankan kempen pengislaman di seluruh negeri ini dengan bantuan kerajaan Persekutuan yang menyemai nilai-nilai Islam ke dalam pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam Sabah. Sesiapa yang menentang akan dianggap sebagai pelampau atau sesat dan beberapa orang telah ditahan di bawah ISA.
Pada tahun 1973, USNO telah meminda Perlembagaan Sabah untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi Negeri Sabah. USIA bersungguh-sungguh mempromosikan penukaran agama pribumi penduduk Sabah kepada Islam dengan menawarkan pelbagai ganjaran dan kedudukan pejabat, ditambah lagi melalui penghijrahan pendatang asing beragama Islam dari Filipina dan Indonesia. Pemecatan mubaligh Kristian di negeri ini juga telah dilakukan bagi mengurangkan penganut Kristian pribumi di Sabah. Warga asing beragama Islam dari Filipina dan Indonesia malahan dari Pakistan juga telah dibawa ke negeri itu dengan arahan dari ketua USNO pada masa itu, Tun Mustapha dan diberikan kad pengenalan pada awal tahun 1990an untuk membantu menjatuhkan kerajaan negeri PBS dan bagi membuatkannya dilantik sebagai gabenor negeri ini, walaubagaimanapun rancangannya untuk menjadi gabenor negeri ini tidak berjaya namun ramai pendatang tanpa izin telah mengubah demografi Sabah.
Dasar ini diteruskan apabila Sabah berada di bawah pemerintahan BERJAYA yang diketuai oleh Datuk Harris, di mana beliau secara terbuka menggesa semua umat Islam di Sabah tentang pentingnya untuk mempunyai satu majoriti Islam bagi mengawal populasi Kadazan-Dusun yang majoritinya beragama Kristian tanpa memerlukan bantuan dari kaum minoriti Cina.
.



No comments:

Post a Comment