STINGS- Adakah kau setia

Wednesday 24 December 2014

Toleransi Beragama dalam Masyarakat Sabah

Sabah terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama. Untuk mengekalkan sesuatu perpaduan adalah sukar sekiranya tiada toleransi diantara kaum. Sesungguhnya, pelbagai cara telah dilakukan untuk memastikan agar perpaduan itu sentiasa kekal dan tiada yang dapat menghalang sekiranya setiap kaum saling bertoleransi di antara satu sama lain.




Pengenalan

Maksud Toleransi

Toleransi bermaksud sikap dan perbuatan yang melarang dengan adanya penindasan terhadap golongan-golongan yang berbeza dalam sesuatu masyarakat. Sebagai contoh, toleransi dalam beragama,toleransi boleh ditampilkan dengan menunjukkan sejumlah besar penganut dalam sesebuah masyarakat menghormati agama atau kepercayaan orang lain.

Toleransi juga merupakan asas pembinaan sesebuah negara. Sesebuah negara tidak dapat dibentuk dengan berasaskan perundangan sahaja]

Sikap toleransi antara pelbagai kaum di Sabah mula terjalin melalui sistemtamu” yang wujud sejak Sabahdiperintah oleh Inggeris lagi. Semua kaum akanberkumpul di tamu yang sering diadakan di pekan-pekan yang berhampiran. Sistem tamu telah dapatmenanam rasa harmoni dan persefahaman antarakaum dan ia berlarutan sehingga sekarang walaupunkesan ideologi politik telah menodai konsep yangterjalin buat sekian lama



ARKIB : 01/06/2012
Pesta Kaamatan bukti Sabah makmur


TUN Juhar Mahiruddin (tengah) menuangkan padi ke dalam bekas simpanan padi sebagai gimik penutupan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 31 Mei - Pesta Kaamatan bukan sahaja satu perayaan buat kaum Kadazan dan Dusun, malah ia merupakan satu pentas perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum yang terdapat di negeri ini.


Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, bermula di Kuala Penyu, dekat sini pada awal bulan ini, semangat bersatu padu, hormat menghormati dan kerjasama erat ditunjukkan oleh semua golongan masyarakat bagi meraikan perayaan tersebut.


Katanya, ia jelas melambangkan semangat tinggi di kalangan rakyat Sabah yang dilimpahi dengan rahmat kebebasan, sekali gus mengamalkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian.


"Pemilihan tema 'Cinta Terhadap Kebudayaan Melahirkan Masyarakat Penyayang' jelas membawa mesej kepada pembentukan masyarakat yang menghargai sikap toleransi, nilai budi pekerti dan sifat keperibadian yang saling menghormati antara satu sama lain," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan KDCA Penampang dekat sini.


Hadir sama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.


Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, amalan sifat positif seumpama itu di kalangan masyarakat merupakan tunjang ke arah tahap kehidupan yang aman dan progresif.


Sehubungan itu katanya, kerajaan sangat menghargai sokongan padu rakyat terhadap segala program yang dilaksanakan demi kepentingan kepelbagaian masyarakat di negeri ini.


Tambahnya, mencapai objektif negara maju bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi dua yang tidak menentu.


Jelasnya, demi mencapai hasrat tersebut, kerjasama antara rakyat dan kerajaan penting dalam memastikan semua agenda pembangunan dapat dilaksanakan, sekali gus memastikan kemakmuran serta kesejahteraan yang dikecapi pada masa ini dapat dikekalkan.


Menurutnya, kerajaan telah membuktikan kewibawaan serta kemampuan untuk menguruskan negara dengan baik, walaupun terdapat halangan-halangan tertentu.


"Berdasarkan rekod prestasi baik Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Musa Aman yang dinamik dan progresif, saya penuh yakin bahawa negeri ini akan terus maju serta aman sentosa," katanya.










No comments:

Post a Comment